Sunday, April 5, 2009



Parti MIC yang terlalu dibangga-banggakan oleh BN sejak akhir-akhir hanyalah untuk meraih kemenangannya di Bukit Selambau semata-mata. Kononnya kesatuan yang dapat dilaksanakan dalam pimpinan BN adalah satu kelebihan yang tiada pada Pakatan Rakyat. Tetapi hakikatnya dalam pimpinan MIC sendiri secara jelas tidak ada langsung muafakat antara ahli serta kejelikan kredibiliti pemimpin-pemimpin MIC yang secara langsung tidak layak untuk dipilih sebagai wakil kepada rakyat. Rakyat harus sedar bahawa pimpinan MIC yang kucar kacir dan sering berselisih pendapat akan membawa padah yang besar kepada rakyat dan negara.


Di manakah pembelaan kaum India yang dilaung-laungkan oleh MIC selama ini? Sedangkan nasib ahli-ahli HINDRAF yang ditahan di bawah tahanan ISA masih belum terbela. HINDRAF ditubuhkan bagi membela nasib kaum India itu sendiri. HINDRAF telah menerima nasib yang sama seperti perjuangan PR yang sering diprovokasi oleh BN. HINDRAF dan Pakatan Rakyat mempunyai visi dan misi yang sama untuk membela nasib agama dan kaum yang sering ditindas. Bagi kaum India matangkan fikiran anda, siapa sebenarnya pembela pelbagai bangsa di negara ini? MIC atau Pakatan Rakyat?

Maka hanya dengan kuasa mengundi anda sahaja yang dapat merealisasikan impian bersama untuk menegakkan keadilan yang harus dituntut dan diperjuangkan habis-habisan. Nyatakan undi ketidakpercayaan anda kepada BN. Undilah calon Pakatan Rakyat, S.Manikumar, No.4.